Posts

Berani Percaya - Aku Percaya

Image
   Aku Percaya Kejadian 15:6 Lalu Abram PERCAYA kepada TUHAN dan TUHAN memperhitungkan hal itu baginya sebagai PERBENARAN PERTANYAAN/SITUASI HIDUP Seorang Anak perumpuan menghantar emakNya ke hospital kerana sesak nafas. Kos rawatan hospital mencecah 100ribu ringgit dan wang simpanan  tidak mencukupi. Pertanyaan, andaikata anda ialah anak perumpuan itu, apa yang anda lakukan?  Seorang lelaki tua yang tidak mempunyai keluarga sedang menjalani rawatan pemulihan kaki kiri akibat kemalangan Kereta setahun yang lalu. Setiap bulan dia harus pergi ke pusat rawatan dan kos rawatan memudaratkan simpanannya tambahan pula dia tidak boleh bekerja. Pertanyaan, bagaimana  dia boleh melangsungkan hidupnya? Dalam 2 situasi hidup ini - anda boleh simpulkan untuk merasa keperluan dicukupkan, kita perlu UANG.  Keadaan hidup kita, kita memerlukan berkat dari TUHAN. Kita bukan beribadah kepada Tuhan untuk mengejar berkat semata-mata, tetapi perlu berkat dari Tuhan. Arti Nya, kita mencari Tuha

SEL KINEO - AIDS

Topik: AIDS (HIV)                                                                                 Mengapa ada penyakit AIDS (HIV)? Kejadian 3: 19 - dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu, sampai engkau kembali lagi menjadi tanah, karena dari situlah engkau diambil; sebab engkau debu dan engkau akan kembali menjadi debu." Apabila Adam dan Hawa mengingkari Perintah Tuhan, dosa mulai masuk ke dalam dunia dan mengubah kehidupan suci mereka. Akibat daripada ini, wujudnya kesakitan dan kematian. Aids (HIV) – seperti penyakit yang lain ialah salah satu daripada akibat kejatuhan manusia di dalam pelanggaran perintah Tuhan dan dosa. Apakah yang menjadi respon saya dan tanggungjawab terhadap orang yang menghidapi penyakit AIDS? Matius 22:39 - Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.   Markus 6:34 - Ketika Yesus mendarat, Ia melihat sejumlah besar orang banyak

SEL KINEO - AMARAH

Topik: Marah/Amarah (Anger)                                                                   Mengapakah saya boleh bersikap Marah/Amarah? Kejadian 4: 4-5 - 4 A Habel pun mempersembahkan beberapa ekor anak sulung daripada haiwan ternakannya, malah memilih antara yang paling mondok daripadanya. Tuhan berkenan kepada Habel dan persembahannya, 5tetapi Dia tidak berkenan kepada Kain dan persembahannya. Naik beranglah Kain dan masam sekali mukanya. Bilangan 22:29 - 29Jawab Bileam kepada keldai itu, "Kerana kamu membodohkan aku! Kalaulah ada pedang di tanganku tentulah kamu kubunuh sekarang." 2 Tawarikh 26:18-19 - 18 A Mereka berdiri di depan Raja Uzia dan berkata kepadanya, "Uzia, membakar dupa untuk dipersembahkan kepada Tuhan bukanlah hak tuanku, melainkan hak para imam keturunan Harun yang telah ditahbiskan untuk tugas itu. Keluarlah dari tempat suci ini, kerana tuanku telah berbuat mungkar. Tuanku tidak akan dimuliakan

SEL KINE - ABSOLUTES

Topik: Kemutlakkan (Absolutes)                                                                                   T Begitu banyak sekali hal yang tidak pasti bila ingin tahu samada hal yang benar dan salah. Bagaimana saya ingin tahu apa yang benar/betul? Keluaran 20 : 1 – Lalu Allah mengucapkan segala Firman ini, Yohanes 14 : 15 – Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah Ku Tuhan memberikan kamu FirmanNya, iaitu Alkitab – supaya kamu dapat mengetahui yang betul dan salah secara mutlaknya. Roma 8 : 5 - Sebab mereka yang hidup menurut daging, memikirkan hal-hal yang dari daging; mereka yang hidup menurut Roh, memikirkan hal-hal yang dari Roh.  Galatia 5: 16 - Maksudku ialah: hiduplah oleh Roh, maka kamu tidak akan menuruti keinginan daging.     Tuhan telah memberikan Roh Kudus kepada kamu untuk menolong kamu hidup di dalam ketaatan serta mengajar kamu tentang hal-hal betul yang mutlak,

SEL KINEO - ACCEPTANCE

Topik: Diterima (Acceptance)                                                                            Apakah yang menyebabkan saya diterima (Acceptable) oleh Allah? Roma 3:27 - Jika demikian, apakah dasarnya untuk bermegah? Tidak ada! Berdasarkan apa? Berdasarkan perbuatan? Tidak, melainkan berdasarkan iman!   Tiada ada siapa yang layak untuk diterima oleh Allah. Tiada yang boleh kamu lakukan untuk menebus diri kamu daripada dosa. Hanya ada satu jalan untuk diterima oleh Allah ialah percaya kepada anakNya Yesus Kristus, yang sudah mati untuk dosa kamu supaya kamu menjadi orang merdeka menikmati hidup yang kekal.   Bila kamu menerima pengampunan dari Allah dan mengizinkan Dia sebagai Tuhan kehidupan mu, berarti Dia telah menerima kamu sepenuhnya masuk di dalam hadiratNya.   Bagaimana jika seseorang itu telah melakukan dosa yang berat? Haruskah saya menerima dia ataupun tidak ? Roma 8:39 - atau kuasa-kuasa, baik yang di atas, maupun yang

SEL KINEO - Absence

Topik: Absence (Tidak Hadir)                                                                            Mengapa saya merasakan Tuhan terkadang tidak hadir (Absence)? Mazmur 101:1 – Mengapakah Engkau menjauhkan diri, Ya Tuhan, dan bersembunyi pada masa kesusahan? Mazmur 139:2, 7 – Engkau mengenal dudukku dan berdiriku, Engkau memahami fikiranku dari jauh. |Kemana dapat aku pergi daripada Roh-Mu? Atau kemana dapat aku alri dari hadiratMu?> Semakin hebat masalah mu, sepertinya semakin jauh Tuhan dari padamu. Dalam masa kesukaranmu, engkau merasakan Tuhan meninggalkan engkau. Oleh sebab itu, di dalam waktu seperti ini, jangan percaya pada perasaan mu akan tidak hadir (Absence) Tuhan; Percaya Janji Tuhan bahwa Dia tidak pernah meninggalkan engkau. Bersandar kepada Firman Tuhan yang sudah berbicara tentang Janji Tuhan (bersamamu), bukan bersandar kepada perkataan yang daripada perasaan/emosi kamu. Yesaya 59:1-2 – Sesungguhnya,

Pengalaman, Perasaan & Ketulusan

PENGETAHUAN TEOLOGI             Pada dua minggu yang lalu, saya berkunjung ke pendalaman Sibu, di perbatasan dearah sarikei iaitu Pakan, ada sejumlah besar perkampungan orang-orang iban yang sudah menetap sekian lama di tanah yang mereka diami sekarang. Perkampungan yang agak berkonsepkan gaya hidup yang moden dan bersesuaian dengan corak budaya masyarakat iban. Tujuan utama saya   berkunjung di tempat-tempat seperti ini ialah untuk menambah ilmu misi dan melakukan apa yang sudah dipelajari secara akademi, menjadi praktis pada kunjungan kali ini. Dalam kunjungan ini, saya telah diberikan waktu untuk berkongsi Firman Tuhan pada 2 Ibadah di rumah panjang. Walaupun tidak ada persedian teks kerana berniat hanyalah untuk berkunjungan dan bukan lawatan rasmi misi, saya tetap melakukan kotbah ini kerana sebagai hamba Tuhan persiapan itu pada setiap saat bila diperlukan untuk melakukan sesuatu perkara (Adhoc basis). Ada 2 teks yang berasingan untuk 2 kali ibadah yang saya terima daripada