Berani Percaya - Aku Percaya


  Aku Percaya


Kejadian 15:6


Lalu Abram PERCAYA kepada TUHAN dan TUHAN memperhitungkan hal itu baginya sebagai PERBENARAN


PERTANYAAN/SITUASI HIDUP


Seorang Anak perumpuan menghantar emakNya ke hospital kerana sesak nafas. Kos rawatan hospital mencecah 100ribu ringgit dan wang simpanan  tidak mencukupi. Pertanyaan, andaikata anda ialah anak perumpuan itu, apa yang anda lakukan? 


Seorang lelaki tua yang tidak mempunyai keluarga sedang menjalani rawatan pemulihan kaki kiri akibat kemalangan Kereta setahun yang lalu. Setiap bulan dia harus pergi ke pusat rawatan dan kos rawatan memudaratkan simpanannya tambahan pula dia tidak boleh bekerja. Pertanyaan, bagaimana  dia boleh melangsungkan hidupnya?


Dalam 2 situasi hidup ini - anda boleh simpulkan untuk merasa keperluan dicukupkan, kita perlu UANG. 


Keadaan hidup kita, kita memerlukan berkat dari TUHAN. Kita bukan beribadah kepada Tuhan untuk mengejar berkat semata-mata, tetapi perlu berkat dari Tuhan. Arti Nya, kita mencari Tuhan, bukan karna berkat-berkatNya, dan Alkitab berkata, Carilah dahulu kerajaanNya maka yang lain akan ditambahkan kepada Mu.  


Berkat Sukacita, Damai Sejahtera, Kesembuhan, Ketenangan, Berkat ketabahan dalam dugaan dan derita serta kesalihan. Paling penting Ialah Berkat dan Anugerah Keselamatan Rohani.


Situasi hidup seperti ini bukanlah dirasai oleh semua orang akan tetapi anda pernah mendengar luahan orang-orang yang kamu kenal. Anda menaruh simpati dan anda memberi. Memberi ialah tindakan kebajikan, bertujuan untuk menolong dan meringankan beban orang itu. Akan tetapi, mari kita bertanya kembali kepada diri sendiri, masih kah saya tetap Percaya Tuhan yang menyediakan semua bagiku? 


Manusia yang diciptakan Tuhan memiliki kekurangan. Mengapa? Jawabnya, kerana kemuliaan Allah telah meninggalkan kita. Itu terjadi di taman Eden ketika Adam dan Isterinya berbuat salah. Karna manusia salah di mata Tuhan, maka kemuliaan Nya meninggalkan manusia dan isterinya itu. Mari kembali kepada Firman yang dibaca tadi, iaitu ketika TUHAN memperhitungkan Kepercayaan Abram itu sebagai perbenaran. Ini bermaksud Baik. Abram Percaya dan Tuhan ialah Pelaksana apa yang Abram Percaya menjadi kenyataan. 


Kita harus percaya kesembuhan pasti terjadi, pemulihan pasti terjadi, hubungan baik pasti terjadi, kesatuan pasti berlaku, kerana di situ lah Tuhan bekerja. Dia melakukan mukjizat. Maksud saya itu, kita sungguh percaya bahwa Tuhan akan melakukan nya sesuatu yang luar biasa dalam hidup kita KARNA kita percaya ia akan berlaku.


Ada manusia yang percaya bahwa hidupnya akan ditimpa malapetaka, dan tidak lama kemudian hal itu terjadi kerana dia percaya hal itu terjadi ke padanya..


begitu juga kepada manusia yang percaya kepada sesuatu yang baik terjadi, dan Tuhan mengerjakan hal itu dalam hidupnya sehingga hal yang dipercayai itu TERJADI ! Hari ini, selepas engkau mendengar Firman Tuhan, PERCAYAKAH engkau sesuatu yang Baik pasti terjadi dalam hidup mu ? 



Di Zaman ini, kita ialah gereja yang diutus untuk memberitakan Injil Kristus. Berbeza dengan zaman Abram/Abraham.. saya fikir berkat Tuhan di zaman ini TIDAK Hanya soal Berkat2 fizikal, ianya banyak berbicara mengenai kerajaan-Nya. Roma 14 berkata - Berkat 


PENUTUP: - Oleh itu, Mari kita berkata - AKU PERCAYA … 


Percaya APA? Ini pertanyaan. Kita boleh menyebut AKU PERCAYA tanpa ragu-ragu. Ingat kembali Firman yang dituliskan oleh Petrus di Suratnya yang 2 Petrus 1 mengenai Iman. Iman perlu dibekalkan dengan kebajikan, pengetahuan, kesalihan,  ketabahan, belas kasihan dan kasih. 


Jika kita mampu berkata , AKU PERCAYA berarti kita juga mampu berganjak dari zona keselesaan iman kepada iman yang bekerja. AKU PERCAYA bagaikan minyak untuk kelangsungan perjalanan hidup kita berhasil dan bernasib Baik. Hidup menjadi baik dan nasib hidup menjadi Baik.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman, Perasaan & Ketulusan

SEL KINEO - AMARAH