AMARAH
Topik: Marah/Amarah (Anger)
Mengapakah saya boleh bersikap Marah/Amarah?
Kejadian 4: 4-5 - 4AHabel
pun mempersembahkan beberapa ekor anak sulung daripada haiwan ternakannya,
malah memilih antara yang paling mondok daripadanya. Tuhan berkenan
kepada Habel dan persembahannya, 5tetapi Dia tidak berkenan kepada Kain
dan persembahannya. Naik beranglah Kain dan masam sekali mukanya.
|
Bilangan 22:29 - 29Jawab Bileam kepada keldai itu,
"Kerana kamu membodohkan aku! Kalaulah ada pedang di tanganku tentulah
kamu kubunuh sekarang."
|
2 Tawarikh 26:18-19 - 18AMereka
berdiri di depan Raja Uzia dan berkata kepadanya, "Uzia, membakar dupa
untuk dipersembahkan kepada Tuhan bukanlah hak tuanku, melainkan
hak para imam keturunan Harun yang telah ditahbiskan untuk tugas itu.
Keluarlah dari tempat suci ini, kerana tuanku telah berbuat mungkar. Tuanku
tidak akan dimuliakan oleh Tuhan Allah kerana hal ini.
19Uzia, yang sedang memegang sebuah pedupaan untuk
dibakar, menjadi geram. Tetapi ketika dia geram terhadap para imam itu,
timbullah penyakit kusta pada dahinya di hadapan para imam di Bait Tuhan,
dekat mazbah pembakaran dupa.
|
Esther 3: 5 - 5Begitu meluap-luap amarah Haman apabila
dilihatnya betapa Mordekhai tidak berlutut dan memberi hormat kepadanya
|
Marah/Amarah adalah tindak balas daripada kebanggaan
diri(kepuasan diri) yang disangkal oleh orang lain. Apabila kita semacam ditentang, ditolak,
tidak dipedulikan, atau ada hal-hal yang tidak mengikut kehendak kita, maka
amarah/marah seperti alat yang bertindak melindungi keegoisan kita. Juga, ianya
menjadi hal yang biasa sekiranya kita dihadapkan dengan dosa kita, kerana kita
tidak mahu orang lain mengetahui yang kita sudah melakukan kesalahan/dosa.
1 Samuel 18:8- 8Lalu teramat marahlah Saul. Hatinya tidak
berkenan dengan kata-kata itu, kerana fikirnya, "Bagi Daud disebutkan
mereka berpuluh-puluh ribu, tetapi bagiku disebutkan mereka beribu-ribu
sahaja. Apakah lagi yang akan diperolehnya kalau bukan kerajaan ini?"
|
Amarah juga ialah tindak balas daripada kecemburuan terhadap
pencapaian atau apa yang dimiliki oleh orang lain.
Dalam situasi yang bagaimana amarah itu sesuai?
Yohanes 2: 15-16 - 15Yesus membuat cemeti daripada tali
lalu mengusir kesemua orang, domba dan lembu dari Bait Suci. Dia juga
menghamburkan wang pengurup wang itu dan menterbalikkan meja mereka. 16Dia
berkata kepada penjual burung merpati, "Bawa keluar semuanya. Jangan
jadikan Rumah Bapa-Ku tempat berniaga!"
|
Amarah “Suci” Yesus timbul apabila Yesus memiliki keintiman
bersama dengan Tuhan dan simpati kepada orang lain. Ini membawa kepada satu
perbuatan yang bagus dan memarahi terhadap perbuatan dosa bukan hanya sesuai
(sesuatu yang dizinkan untuk dilakukan) malahan juga “Perlu”.
Apabila saya Amarah/Marah,
apa yang perlu dielakan?
Yakobus 3:5 - 5Demikianlah dengan lidah kita, walaupun
kecil, namun dapat bermegah tentang hal-hal yang besar. Betapa luasnya hutan
yang dapat dibakar oleh api yang amat kecil.
|
Elakan berbicara apa yang terlintas di fikiran anda semasa
marah! Ini kerana kamu cenderung untuk berkata sesuatu yang kamu akan sesali
kemudian.
1 Samuel 19:9-10 - 9Namun demikian, roh jahat yang
diizinkan Tuhan datang lagi kepada Saul ketika dia sedang duduk di
rumahnya dengan tombaknya di tangannya. Ketika Daud sedang memetik
kecapi, 10tiba-tiba Saul berusaha menancapkan Daud ke dinding dengan
tombak itu. Akan tetapi, Daud mampu mengelak sehingga tombak Saul menikam
dinding sahaja. Maka larilah Daud menyelamatkan diri pada malam itu.
|
Elakan memperlakukan kekerasan terhadap yang lain ketika
sedang marah. Kamu sedang melakukan sesuatu yang kamu akan sesali kemudian.
Janji Tuhan
Mazmur 103: 8-9 - 8ATuhan penuh
belas kasihan dan kasih kurnia, panjang sabar serta melimpah kasih-Nya.
9Dia tidak sentiasa memarahi kita, dan tidak menyimpan
kemarahan-Nya untuk selama-lamanya; 10Dia tidak memperlakukan kita
berdasarkan dosa kita dan tidak menghukum kita setimpal dengan kesalahan
kita.
|
Perkongsian & Pertanyaan Kineo
1) Ceritakan bagaiman kamu boleh mengatasi amarah/kemarahan
kamu jika kamu sedang marah?
2) Pernah kah kamu memarahi diri kamu sendiri dan bukan orang
yang melakukan kesalahan atau Dosa itu?
3) Ceritakan pengalaman kamu seperti yang Yesus pernah lakukan
di Yohanes 2 : 15&16
4) Apa yang saya boleh belajar daripada topik ini?
5) Ayat firman Tuhan yang di dalam petikan atas menjadi ayat
pedoman saya malam ini.
6) Apa yang saya tidak mengerti tentang topik ini dan kenapa?
Comments
Post a Comment