Absence
Topik: Absence (Tidak Hadir)
Mengapa
saya merasakan Tuhan terkadang tidak hadir (Absence)?
Mazmur
101:1 – Mengapakah Engkau menjauhkan diri, Ya Tuhan, dan bersembunyi pada
masa kesusahan?
|
Mazmur
139:2, 7 – Engkau mengenal dudukku dan berdiriku, Engkau memahami fikiranku
dari jauh. |Kemana dapat aku pergi daripada Roh-Mu? Atau kemana dapat aku
alri dari hadiratMu?>
|
Semakin hebat masalah
mu, sepertinya semakin jauh Tuhan dari padamu. Dalam masa kesukaranmu, engkau
merasakan Tuhan meninggalkan engkau. Oleh sebab itu, di dalam waktu seperti
ini, jangan percaya pada perasaan mu akan tidak hadir (Absence) Tuhan; Percaya
Janji Tuhan bahwa Dia tidak pernah meninggalkan engkau. Bersandar kepada Firman
Tuhan yang sudah berbicara tentang Janji Tuhan (bersamamu), bukan bersandar
kepada perkataan yang daripada perasaan/emosi kamu.
Yesaya 59:1-2 –
Sesungguhnya, tangan TUHAN tidak kurang berkuasa untuk menyelamatkan, dan
pendengaran-Nya tidak tumpul untuk mendengar. |Tetapi kesalahanmu telah
menjadi pemisah antara kamu dengan Allahmu, dan dosa-dosamu membuat Dia
menyembunyikan diri daripadamu sehingga Dia tidak mendengar.
|
Bila mana Tuhan dirasakan begitu jauh
daripada engkau, ini ada artinya kemungkinan engkau sudah berjauhan daripada
Tuhan dan bukan kerana Tuhan berjauhan daripada engkau. (Rujuk ayat yang
dituliskan oleh Yesaya). Apa yang terjadi kepada engkau ialah engkau tidak mau
melepaskan perbuatan-perbuatan dosa di dalam kehidupan mu sebagai akibat engkau
merasakan begitu jauh daripada Tuhan sehingga engkau tidak dapat menikmati
hubungan intim dengan Tuhan.
Refleksi : (Cuba bayangkan, bila masa kamu dan pasangan kamu berlaku
perselisihan, maka kamu merasa jauh daripadanya)
Adakah dosa-dosa yang
terdapat pada engkau yang menyebabkan engkau jauh daripada Tuhan? Jika ada,
engkau harus menanggalkan perbuatan-perbuatan dosa itu melalui pengakuan mu di
hadapan Tuhan dan engkau pasti akan dekat kepada Tuhan.
Yakobus 4: 8 –
Dampingi Allah, Allah akan mendampingmu. Basuh bersih tanganmu, wahai kamu
yang berdosa. Sucikan hatimu, wahai kamu yang munafik
Matius 28: 20B – Aku
akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.
|
Perkongsian Peribadi (Kenal diri anda)
- Menurut
kamu, apakah kehidupan kamu?
- Di
manakah waktu usia kamu merasa hidup yang penting dan apa alasan kamu?
- Bagaimana
reaski anda terhadap orang-orang yang disekitar anda bila anda merasa
marah atau sedih dan sebaliknya?
- Di
manakah anda meletak diri anda sekiranya anda merasa emosi dan kesunyian?
- Apakah
yang mendorong anda untuk menolong orang yang memerlukan pertolongan
daripada anda?
Comments
Post a Comment