Manusia dan Kepercayaan
Saya tidak melihat seorang manusia itu melalui agama yang dianutinya. Tetapi
saya melihat manusia itu pada sifat kemanusiaan nya. Sifat Kemanusiaan yang
mengambarkan manusia itu mempunyai agama(kepercayaan) dan kepercayaan apa yang
dimiliki itu menjadikan dia seorang manusia yang beragama. Di dalam hidup ini,
manusia sering mencari suatu kepercayaan di mana membolehkan dia bergantung
sepenuhnya dengan mempercayai apa yang dia percaya. Manusia tidak boleh tidak
hidup tanpa beragama/kepercayaan.
Oleh sebab itu, Manusia sentiasa mencari Tuhan di dalam kehidupan nya.
Manusia boleh sahaja berkata, dia percaya di siang hari, itu adalah Tuhan
siang - yang memberikan cahaya. Pula di malam hari, iaiah Tuhan malam yang
mengelapkan seluruh langit dengan kuasanya. (Ini contoh)
Manusia juga boleh berkata - Lautan itu Tuhanya yang memberikan makanan
& sumber air bagi kehidupan. Apabila keperluan Manusia itu dipenuhkan
dengan keperluan-keperluan asas, maka bermulalah manusia berusaha mencari
tuhan di dalam hidup nya. (konsep kesyukuran)
Bukan secara kebetulan, tetapi kepenuhan selalu bermula dengan pencarian
untuk memenuhi kekurangan yang dialami. Manusia itu kekurangan. Jadi, dia
perlu kepenuhan. Soal kepercayaan itu timbul di dalam semua aspek
kehidupan manusia. Dia tidak perlu untuk mencari pelbagai alasan untuk
tidak percaya, asalkan kekurangan telah dipenuhkan (dia mengalami serta
menikmati dengan sendirinya) , maka kepercayaan yang dia akan pegang serta
diingatinya.
Manusia tidak ego dalam menetap kepercayaan nya. Dia hanya sebagai
penyoal ketika bertemu dengan suatu kepercayaan yang berbeza. manusia
sering mau untuk mengetahui dan menimba - kepercayaan yang rasional serta
sebati dengan dirinya.
Comments
Post a Comment